Friday 2 December 2011

ABOUT VIVIANE RAFFLESIA GARDEN

THIS IS THE ORIGINAL PHOTO FROM
VIVIANE RAFFLESIA GARDEN

VIVIANE RAFFLESIA GARDEN telah dimulakan sejak tahun 2004 apabila pemilik tanah tersebut menemui pokok induknya (liana) . Penjagaan yang rapi selama beberapa tahun rupanya tidak sia-sia. Nama "Viviane" diambil sempena nama Anak tunggal mereka. Tujuan Viviane Rafflesia Garden ini di wujudkan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam atau pun pelancong tentang kewujudan dan keajaiban bunga ini, secara tidak lansung Viviane Rafflesia Garden kini menjadi salah satu pusat pelancongan yang terdapat berhampiran Taman Air Panas Poring, Sabah. Namun pun begitu, Viviane Rafflesia Garden hanya dibuka apabila ada bunga rafflesia yang matang telah kembang dan ini pun bergantung pada nasib
bunga tersebut. Viviane Rafflesia Garden merupakan Taman Bunga Rafflesia persendirian, iaitu Taman di tanah@dusun sendiri, tanah ini bukan terletak di bawah mana-mana pihak kerajaan mahupun Taman Air Panas Poring. Oleh sebab itu, kos pendaftaran masuk adalah bukan satu pertikaian besar. anda akan faham hal ini jika anda sendiri melawat ke taman ini, mengapa dan kenapa . Viviane Rafflesia Garden merupakan Taman Rafflesia yang berdaftar.  Semoga Nasib Anda Baik, anda boleh melihat Bunga Rafflesia Ketii ( spesis Bunga Rafflesia Terbesar di SABAH) di Viviane Rafflesia Garden. 

No comments:

Post a Comment